Wednesday 16 October 2013

Prog Ibadah Qurban HIKMAH dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri

Bertempat di Kpg Serayan, Ibadah Qurban HIKMAH 1434H selamat dilaksanakan pada 16 Oktober 2013 dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri. Majlis agihan daging qurban disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem serta Yb Ir. Datuk Haji Daud b. Abd Rahman.

Proses melapah oleh penduduk kampung

Tazkirah Qurban oleh Ust Bahruddin Mansur

Penduduk kmapung

Tetamu kehormat

Gimik perasmian Ibadah Qurban HIKMAH @ kpg Serayan


Majlis Agihan Daging Qurban


Qurban Di HIKMAH Cawangan-Mukah

Bersama Utz Jammie Andrew - Agihan Daging qurban..Insya Allah daging2 ini akan diagihkan kepada saudara kita di Kampung Teh, Teh Labak, Sesok, Sau dan kampung2 yg berdekatan...alhamdulillah semua merasainya...





SEMBELIHAN KORBAN UTK SAUDARA KITA - HIKMAH Sibu

SEMBELIHAN KORBAN UTK SAUDARA KITA DI RMH NTINGIK,RMH JULIN DAN RMH AZHAR ULU KOTA PAKAN JULAU..16.10.13


Prog Qurban di Cawangan-HIKMAH Sibu

HIKMAH cawangan Sibu turut menjayakan program ibadah Qurban. dikendalikan oleh Ust Fadhli Kipali pada 15 Oktober 2013.






Agihan daging qurban kepada 357 saudara kita di Kpg Muara Mongkos

Photo: Syukur, Alhamdulillah, semalam 15 Oktober 2013 bertempat di Surau Miftahul Jannah, Kpg Muara Mongkos, HIKMAH berjaya menguruskan prog Ibadah Qurban HIKMAH 1434H. Seramai 357 orang saudara kita menerima agihan daging Qurban tersebut. Bukan setakat di Kpg Muara Mongkos, saudara-saudara kita yang menerima agihan daging tersebut juga datang dari kampung yang berdekatan, antarannya:
1. Kpg Insan Jaya
2. Kpg Darul Iman
3. Kpg Entubuh
4. Kpg Lanchan
5. Kpg Singgai
6. Kpg Koran Barih
7. Kpg Rayang
8. Kpg Tepoi
9. Kpg Darul Falah, Temong

Pada 15 Oktober 2013 bertempat di Surau Miftahul Jannah, Kpg Muara Mongkos, HIKMAH berjaya menguruskan prog Ibadah Qurban HIKMAH 1434H. Seramai 357 orang saudara kita menerima agihan daging Qurban tersebut. Bukan setakat di Kpg Muara Mongkos, saudara-saudara kita yang menerima agihan daging tersebut juga datang dari kampung yang berdekatan, antarannya:
1. Kpg Insan Jaya
2. Kpg Darul Iman
3. Kpg Entubuh
4. Kpg Lanchan
5. Kpg Koran Singgai
6. Kpg Koran Barih
7. Kpg Rayang
8. Kpg Tepoi
9. Kpg Darul Falah, Temong
10. Kpg Kaman Barih
11.Kpg Tian

Jumlah Lembu & Kambing Hasil Sumbangan dari penyertaan Ibadah Qurban HIKMAH



Dibawah ini merupakan lokasi pemyembelihan serta akan diadakan majlis agihan daging Qurban tersebut:

Prog Ibadah Qurban HIKMAH di Kpg Muara Mongkos

Prog Ibadah Qurban HIKMAH di Kpg Muara Mongkos pada 15 Oktober 2013. Proses melapah lembu Qurban dibantu oleh penduduk kampung. Acara rasmi bermula pukul 230 petang bersama Y.Bhg Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Yang DiPetua HIKMAH. Bermula dengan lawatan ke pusat khidmat Komuniti HIKMAH di Kpg Muara Mongkos, tazkirah qurban oleh Ust Bahruddin, ucapan aluan wakil kampung, ucapan dan perasmian oleh YDP HIKMAH serta majlis pengagihan daging qurban.









Rakan penyumbang Ibadah Qurban HIKMAH 2013


Wednesday 28 August 2013

PROGRAM IBADAH QURBAN HIKMAH 2011

VIDEO  IBADAH QURBAN HIKMAH 2011






HUKUM IBADAH QURBAN

HUKUM IBADAH QURBAN
Program Qurban HIKMAH Kpg Spaoh Ulu Simunjan 2010  bersama Datu Misnu b Hj Taha
Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;[2]
  1. Muslim
  2. Baligh dan berakal
  3. Bebas/merdeka
  4. Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kelapangan atau kemampuan sama ada orang badar atau orang kampung/pedalaman, orang dalam musafir atau berada dalam negeri dan termasuklah kepada jamaah haji di Mina.[3] Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu. (Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.)[4]
Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).[5]
Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;[2]
  1. Muslim
  2. Baligh dan berakal
  3. Bebas/merdeka
  4. Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kelapangan atau kemampuan sama ada orang badar atau orang kampung/pedalaman, orang dalam musafir atau berada dalam negeri dan termasuklah kepada jamaah haji di Mina.[3] Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu. (Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.)[4]
Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).[5]

Tuesday 27 August 2013

HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”

(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.


8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.