Wednesday, 28 August 2013
HUKUM IBADAH QURBAN
Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;[2]
- Muslim
- Baligh dan berakal
- Bebas/merdeka
- Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kelapangan atau kemampuan sama ada orang badar atau orang kampung/pedalaman, orang dalam musafir atau berada dalam negeri dan termasuklah kepada jamaah haji di Mina.[3] Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu. (Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.)[4]
Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).[5]

Tuesday, 27 August 2013
1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada
tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu
al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai
kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun
begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai
mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan
dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.
2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba
dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap
sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana
Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah
yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam
beribadah.
3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban
bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.
4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar
agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;
Maksudnya;
“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang
mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari
ketaqwaan hati.”
(Surah al-Haj : ayat 32)
5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah
yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.
6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang
kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan
suruhan Allah.
7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang
melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging
korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau
menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.
8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat
memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang
hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya
sebarang usaha yang kita lakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)